whos.amung.us

Tuesday, January 6, 2009

Asyik boikot je cuba benda lain pulak

salam

sudah lama aku tak menghantar pos baru dalam blog aku ni....kali ni aku nak menulis mengenai isu yang panas iaitu Israel dan Palestin.

aku sudah membaca pelbagai email yang dihantar melalui group-group dalam email list aku...

ada marah dan segera menyeru umat islam di malaysia memboikot McD dan produk dari Israel ni.

tetapi sampai bila kita hendak menggunakan senjata yang sama.

jika tidak silap aku...dulu pun kita menggunakan senjata yang sama...apabila Israel melakukan keganasan yang sama....Lepas tu...senyap macam tu je...hmmmm

baiklah...sebelum kita melancarkan boikot atau apa segala usaha...kita lihat balik kenapa umat Islam boleh diperlakukan sebegini......jangan lihat kat luar negara dalam negara kita sendiri pun dah cukup....sampai nak mendapatkan makanan yang halal pun kena mengharapkan orang bukan islam...betul ke tidak???anda jawab....

cuba kita lihat balik kepada syarikat-syarikat besar yang ada di negara kita sendiri...siapa bosnya....siapa kulinya???? anda jawab.....

kebanyakan mereka yang MAKAN GAJI(bunyi yang agak sedap sikit) adalah orang Islam...McD,TESCO dan sebagainya semuanya orang Islam yang menjadi PEMAKAN GAJI...

jadi dari segi ekonomi kita masih bergantung harap kepada mereka yakni orang bukan Islam....

sekarang kita betapa lemahnya kita.....kalau kita memboikot pun....berapa lama....selamanya ke....berapa ramai yang sanggup....

jadi aku rasa belum terlambat lagi untuk kita umat Islam untuk bangun kembali dan bina ekonomi umat Islam....

berapa ramai umat Islam jadi pengeluar atau peniaga....berapa ramai...kalau ada pun berapa ramai orang yang dikatakan beragama Islam membantu saudara mereka ini untuk berjaya?????anda jawab.....

tetapi umat Islam sendiri bangga apabila perniagaan umat Islam atau saudara seagama mereka ini(kononnya)......gagal...yang menyedihkan lagi......jika umat Islam itu kononnya 'orang masjid'....mereka turut merasa bangga....aduhai.....hinanya umat Islam...

jika kita hendak melawan...lawanlah secara ekonomi...mereka mampu kerana ekonomi mereka kukuh.....kita????anda jawab sendiri....

makan siput babi,duduk rumah yang tidak rupa rumah....kadang-kadang reban ayam moden pun lagi cantik...siap penyaman udara lagi......tengok sajalah tv3....siapa????anda jawab...

sudah-sudahlah.....janganlah panas sementara sahaja....cubala...untuk menjadikan ekonomi umat Islam lebih baik daripada mereka ni.....aku yakin jika ekonomi umat Islam kukuh sepertimana Madinah dahulu....dibawah pemerintahan BAGINDA.aku rasa negara umat Islam tidak berani dicuit pun.....

selepas ini biarlah....setiap kali jumaat ....kereta yang 'parking' kat depan masjid tu kereta mewah....BMW,MERCEDES,HONDA CIVIC,ACCORD,PERDANA dan sebagainya....barulah Islam dipandang gah.....janganlah setiap kali jumaat...yang ada depan masjid tu basikal tua...honda cup bulat atau petak....

cuba renungkan kembali.....belum terlambat lagi...peluang masih ada....mana ada peniaga yang saudara seagama dengan kita tu...sokonglah bantulah.....pasti umat Islam akan mempunyai ekonomi yang kukuh nanti....percayala.....junjungan besar kita sudah membuktikannya.....jadi kenapa kita selaku umat BAGINDA tidak mengikut jejak langkah BAGINDA dalam usaha meningkatkan ekonomi umat Islam...


sebarang terkasar bahasa dan kata harap dimaafkan....salam...

yang benar

pak abu

No comments: