whos.amung.us

Sunday, November 2, 2008

Ibn Shayyad, Apakah dia Dajjal? (Bahagian 1)

"Ini jelas merupakan sebuah pertanyaan yang membingungkan semua orang, baik kalangan ulama salaf mahupun ulama semasa. Tidaklah berlebihan mengatakan bahawa semenjak zaman sahabat hinggalah sekarang ini, manusia masih tetap memberikan pandangan yang sangat beragam mengenai siapa sebenarnya Dajjal; apakah dia sememangnya adalah Ibnu Shayyad, sebagaimana yang diyakini oleh sebahagian sahabat, ataukah dia adalah orang yang lain?


Ibnu Shayyad sendiri adalah semula bernama Ashaf, seorang yang beragama Yahudi. Dia sendiri pernah mengaku sebagai seorang bomoh pada masa Rasulullah S.A.W., tetapi kemudian Rasulullah mengujinya supaya dia mahu melihat kenyataan yang sebenarnya dan akhirnya semuanya menjadi jelas bahawa apa yang didakwa olehnya adalah salah. Ternyata semua itu adalah sihir yang diberikan oleh syaitan, kemudian diletakkan didalam lisannya seperti yang diberikan kepada para bomoh. Rasulullah S.A.W bersama sahabat mengalami banyak peristiwa bersama Ibnu Shayyad, yang menurut sebahagian ulama diyakini sebagai Dajjal. Hal itu dapat diringkaskan sebagai berikut:

Percakapan Rasulullah S.A.W dengan Ibnu Shayyad Pelbagai kitab sunah memaparkan pelbagai peristiwa yang berlaku antara Rasulullah S.A.W dengan Ibnu Shayyad, juga keterangan Rasulullah S.A.W mengenai Islam, mengajaknya untuk memeluk Islam dan jawapan Ibnu Shayyad, sebagai berikut:
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a bahawa Umar r.a pergi bersama segolongan sahabat bersama Rasulullah S.A.W menuju rumah Ibnu Shayyad. Rasulullah menjumpainya tengah bermain bersama anak-anak. Ketika itu dia mendekati usia akil baligh . Dia tidak merasakan sesuatu pun hinggalah Rasulullah menepuk pungungnya dan bersabda:


Rasulullah: “Apakah kamu mahu bersaksi bahawa aku adalah utusan Allah?”

Ibnu Shayyad : [Dia hanya memandang] dan berkata:” Aku bersaksi bahawa kamu adalah utusan orang-orang yang buta huruf.” Dia balik bertanya. “Apakah kamu mahu bersaksi bahawa aku adalah utusan Allah?”

Rasulullah: “Aku beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Bagaimana pendapatmu?”

Ibnu Shayyad: “Orang yang jujur dan orang yang dusta banyak datang kepadaku.”

Rasulullah: “Masalahnya menjadi kacau bilau untukmu. Aku menyimpan sebuah teka-teki untukmu.”

Ibnu Shayyad: “Itu adalah awan.”

Rasulullah: “ Bodoh. Ternyata kemampuanmu hanyalah sebatas itu.”

Umar: “ Wahai Rasulullah, izinkan aku memenggal kepalanya.”

Rasulullah: “Jika dia memang Dajjal, maka kamu tidak ada sebarang kebaikan bagimu membunuhnya.”

Pengawasan Rasulullah S.A.W keatas Ibnu Shayyad

Teka-teki mengenai Ibnu Shayyad dan siapa dia sebenarnya menjadi masalah yang sangat besar bagi Rasulullah S.A.W sehingga Baginda merasa perlu untuk mengawasi keadaannya untuk mengetahui siapa dia sebenarnya.Dalam banyak hadis disebutkan bahawa Rasulullah S.A.W berusaha untuk mengikut langkah Ibnu Shayyad dan mendedahkan siapa dia sebenarnya, kerana Rasulullah kuatir jika dia itu adalah Dajjal. Ini memandangkan sebahagian perilakunya adalah hamper serupa dengan Dajjal yang terkutuk itu. Beberapa hadis menyebut usaha berikut:


Hadis Ibnu Umar r.a berkata:

Rasulullah S.A.W berangkat bersama Ubay Ibnu Ka’ab r.a menuju sebuah kebun kurma, dimana Ibnu Shayyad berada disana. Sehingga ketika memasuki kebun kurma itu, Rasulullah S.A.W berusaha berlindung disebalik dahan pokok kurma. Baginda berusaha mendengar suatu kata yang keluar dari Ibnu Shayyad. Sebelum itu dia dapat melihat kedatangan Rasulullah, Ibnu Shayyad sendiri ketika itu titur-tiduran disebuah permaidani. Namun ibu Ibnu Shayyad ternyata melihat Rasulullah S.A.W berselindung disebalik dahan pokok kurma. Dia pun berteriak: “Hai Shaafi.” Ittulah nama asal Ibnu Shayyad. Diapun segera berlari. Rasulullah S.A.W bersabda: “Andai sahaja wanita itu mahu membiarkannya, tentulah sudah jelas siapa dia.”

Ibnu Hajar berkata.

Sabda: “Andai wanita itu mahu membiarkannya, tentulah jelas siapa dia”, dapat diertikan bahawa siapa sebenarnya Ibnu Shayyad akan menjadi jelas dari apa yang dapat kami lihat darinya. Andai sahaja sang ibu tidak berteriak, tentulah Ibnu Shayyad akan terus melakukan apa yang sedang ia lakukan, sehingga kami dapat mendengar apapun yang dapat menyingkap siapa dia sebenarnya

No comments: