whos.amung.us

Friday, April 17, 2009

adakah lelaki kurang pandai dari perempuan

BENARKAH ramai lelaki mungkin terpaksa menjadi suri rumah pada masa depan jika fenomena pelajar perempuan menguasai institusi pengajian tinggi (IPT) dibiarkan berlarutan? Fenomena lelaki duduk di rumah menjaga anak dan rumah tangga manakala wanita keluar bekerja telah pun berlaku sekarang meskipun ia bertentangan dengan adat kita.

Secara umumnya setiap universiti di negara ini memiliki jumlah pelajar perempuan yang jauh lebih ramai berbanding lelaki. Kecemerlangan pendidikan terutama di peringkat pengajian tinggi kini banyak berpihak kepada pelajar perempuan atas sebab-sebab tertentu. Sukar untuk mencari satu jawapan konkrit mengapa pelajar perempuan lebih ramai daripada pelajar lelaki di universiti.

Terdapat anggapan masyarakat bahawa pelajar lelaki adalah kurang bersifat akademik, kurang menerima sokongan sosial dan bimbingan yang sewajarnya untuk menjadi pelajar cemerlang akademik.

Faktor lain yang dikaitkan ialah disebabkan oleh lebih ramai pelajar lelaki yang berminat dalam bidang teknologi, pemasangan dan pembuatan yang dikatakan tidak begitu memerlukan mereka belajar di universiti. Bidang-bidang ini dikatakan menawarkan gaji yang lumayan.

Pelbagai pihak telah mencadangkan agar jumlah pelajar lelaki memasuki universiti ditambah. Bagaimanapun dalam negara yang memegang prinsip kesaksamaan pendidikan dan jantina, terdapat pihak yang menjelaskan kemasukan pelajar ke universiti awam harus ditentukan oleh kelayakan akademik dan bukannya faktor keseimbangan jantina.

Gender

Berdasarkan kepada prinsip kesaksamaan gender, usaha yang perlu dicari ialah memperkasa pelajar lelaki dan bukannya mengurangkan pula pelajar perempuan di universiti. Lebih banyak program perlu diadakan untuk memperkasakan pelajar lelaki.

Fenomena ini juga boleh menyumbang kepada kesan tertentu. Mungkin juga antaranya ialah seperti yang diperkatakan iaitu ramai lelaki mungkin terpaksa menjaga hal ehwal rumah tangga dan menjadi suri rumah pada masa hadapan.

Selain itu, ia mungkin melibatkan perubahan program yang akan ditawarkan. Penawaran-penawaran program seperti program pengajian wanita mungkin akan berlaku. Kesan lain yang dijangkakan ialah terdapat tekanan untuk menawarkan pekerjaan yang melibatkan pembuat keputusan kepada kaum perempuan dalam bidang kerjaya.

Isu ini juga boleh melibatkan kesan sosial. Tidak dapat tidak satu hari nanti wanita profesional ini akan berkahwin juga dengan mana-mana lelaki termasuk mereka yang tidak bekerja.

Isu jumlah pelajar perempuan yang lebih daripada pelajar lelaki kini bukanlah satu isu ringan kerana kesannya nanti boleh sahaja menggugat identiti keperkasaan kaum lelaki.

Tentu sahaja kita memang menanti-nanti formula yang sedang dicari oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk merapatkan semula jurang perbezaan jumlah pelajar perempuan dan lelaki di IPT negara ini.

Ia bukan satu perkara yang mudah kerana dalam waktu yang sama kita juga berpegang kepada prinsip kesaksamaan pendidikan dan jantina dan usaha memperkasakan pelajar lelaki.

– DR. SAPORA SIPON, Universiti Sains Islam Malaysia.

[ Tamat Petikan]

Naib Canselor Wanita Pertama Malaysia adalah dari UM. Yang kedua UKM. Yang ketiga ???

Itu sahajalah persoalan yang cuba saya ungkapkan. Bukannya menidakkan keupayaan kaum wanita dalam memimpin, tetapi dimanakah kepimpinan seorang lelaki yang sepatutnya menerajui bidang kepimpinan? Tidak kira untuk mentadbir dunia mahupun dalam rumahtangga. Ke manakah menghilangnya nilai kepimpinan itu?

Wanita dikurniakan dengan 1 akal 9 emosi. Manakala lelaki dikurniakan 9 akal 1 nafsu. Secara pemahaman literal membawa maksud wanita mampu mengawal 9 nafsu emosinya dengan hanya 1 akal. Tetapi lelaki memerlukan keupayaan 9 akal untuk mengawal hanya 1 nafsunya. Adakah ini menunjukkan Allah SWT tidak adil dalam mengurniakan keupayaan akaf fikiran manusia mengikut gender?

Sejak azali lagi dan di dalam Islam sendiri, lelaki perlu sentiasa di depan dan wanita di belakang, menyokong lelaki. Wanita di zaman Rasulullah SAW menjadi penyokong kuat kaum lelakinya. Tetapi dunia kini hampir mempunyai fakta yang terbalik pula.

Persoalannya, tiada lagikah lelaki yang arif dalam Bidang Pengurusan Dan Pengorganisasian? Jika ada wanita yng paling layak untuk memegang sesuatu jawatan itu kerana mempunyai ketinggian dari segi ilmu dan kepimpinan, kenapa tiada lelaki yang seperti wanita untuk berada di kedudukan tersebut?

Jika anda seorang lelaki, sanggupkah anda berada di bawah kepimpinan seorang wanita? Jawaplah dengan ikhlas.

Di UKM peratusan pelajar menurut gender sudah mencapai 70% mahasiswi dan cuma 30% mahasiswa pada pendaftaran pelajar baru pada tahun 2007. Pelik. Tiada fakta konkrit menyatakan ke manakah menghilangnya pelajar lelaki. Dimanakah kelompok-kelompok Institusi yang mempunyai majoriti pelajarnya adalah lelaki? Jika keadaan ini berlarutan, apakah pula peratusannya pada tahun 2020 kelak?

Di sini hanya dapat dihidangkan persoalan yang saya sendiri tiada jawapannya. Penyelesaian kepada permasalahan ini mungkin terdapat seperti dalam artikel di atas.

Renung-renungkan.

5 comments:

xy_yx said...

hahahhahaha...
fakta ni juga telah digunakan oleh golongan lelaki cerdik pandai utk pasang 2...
hahahahaha....

bluecrystaldude said...

panjang sangat petikan nak baca. yg aku pasti, laki lagi bijak dari ppuan tapi perempuan lebih rajin dari laki. hehe..

PakAbu said...

hahahahahaha...btol2...itu yg terjadi kpd pompuan skrg...sape yg lebih pandai????...lu pikrla sendiri...hahahahaha

~attahrel~ said...

atas dunia ni xdak pun org bodo atau pandai...ada org yg rajin ka tak ja..klau lu rajin ,pandai la jawabnya..kalau lu malas,bangang la jdnya..so x perlu timbul isu gender2 n pandai ni...hehe

**keja bawah pompuan???..aku x kisah rasanya,mau lagi yg cun2..lg syok apa..haha

purpleblueberry said...

dkat dunia nie smua same je . . . smua pndai , tapi yg membezakannya adlh kerajinan seseorg 2 , dan ternyata prempuan memg lagi rjen drpd laki , soo na bwat mcm mne kan , ??? na pndai kna rjen 2 je