whos.amung.us

Friday, October 24, 2008

Lady first....

salam....kita bertemu kembali dalam blog aku yang tidak seberapa ini....

baiklah....sebelum itu...aku ingin mengucapkan bebanyak terima kasih kepada yang sudi memberi komen yang bernas....bagi menyokong usaha aku untuk mewujudkan blog....

baiklah berbalik kepada tajuk di atas...

kenapa aku memilih tajuk ini sebagai bahan dalam blog aku ini....?

jawapannya mudah sahaja....aku ingin menjawab kembali komen seseorang yang tidak dikenali mengenai lelaki juga kurang menitik berat soal menjaga aurat ini.....kata beliau.....kalau berbincang mengenai aurat pasti kaum hawa yang dituju dahulu...mengapa tidak lelaki....

jika kita lihat kembali kepada perbezaan kedua-dua jenis makhluk ini....jelas mempunyai perbezaan yang ketara sama ada dari segi zahirnya dan batinnya.....

lihat sahaja kepada perempuan fizikalnya....jika ditanya....sudah tentu kita dapat membezakan dia adalah perempuan atau lelaki......

baiklah.....kenapa apabila disebut soal aurat....perempuan akan dituju dahulu.....KENAPA???

kerana perempuan mempunyai bahaya fitnah yang amat dasyat.......fitnah seorang perempuan adalah amat bahaya berbanding mata pedang!!!!!!!!!

mengapa aku berkata sedemikian.....baiklah jika seorang perempuan tidak menutup aurat sehingga terdedah perkara wajib dia tutupkan.....bagaimanakah keadaan si lelaki yang melihat..???sudah tentu ghairah bukan.....kadang-kadang apabila lelaki tadi ghairah melihat perempuan tersebut sudah ada bisikan syaitan yang menyuruhnya menyetubuhi perempuan tersebut.....sama ada secara paksa atau rela....

bagaimana pula dikatakan dengan rela????

mudah saja....cuba berkenalan.....membina hubungan yang rapat...sehingga terbit bibit cinta.....setelah hati menjadi buta dikuasai 'cinta'....maka lelaki tadi meminta bukti akan cintanya.....dengan rela si gadis tadi menyerahkan harta yang paling bernilai pada dirinya....maka syaitan bertepuk sorak.......mungkin ada yang akan kata yang bertutup litup pun membuat perkara itu juga....

memang benar....tetapi kita harus tanya kembali mengapa dia berpakaian yang bertutup itu...adakah kerana DIA atau kerana selain dariNYA......jika dia memakai pakaian kerana DIA....maka sudah tentu ada rasa takut sebagai seorang hamba...jika dia memakai pakaian tersebut kerana orang lain....maka dimanakah imannya.....mustahilkah perkara itu terjadi kepada mereka??????


secara paksa sendiri fahamla ye...tetapi....jika perempuan itu mempunyai seni bela diri dan sebagainya yang mampu melindungi dirinya...sudah pasti lelaki itu akan kempunan untuk merasa tubuhnya yang gebu itu.....jadi dia akan melepaskan nafsunya itu kepada insan yang kurang berdaya seperti orang tua,kanak-kanak dan orang kurang upaya.....

jadi jika anda mengabaikan aspek menutup aurat ini maka fikirkanlah kembali mungkin anda penyumbang kepada jenayah tersebut...maka anda telah menggandakan dosa anda!!!!

jika dilihat sendiri pada aspek fizikal wanita itu sendiri sudah terdapat keistimewaannya.....di mana...tubuh wanita ini mampu menarik perhatian sesiapa saja.....disebab itulah kebanyakan lelaki akan melihat bahagian dada perempuan secara tidak sengaja mahupun sengaja...kerana bagi mereka ciptaan perempuan cukup indah untuk dipandang!!!!!!!!!!kerana itulah jika ingin memakai tudung maka tutuplah sampai ke dada!!!!!!bukan setakat di leher sahaja!!!kerana perempuan akan menyalahkan lelaki berkaitkan hal ini sedangkan itulah fitnah dari mereka iaitu diri mereka sendiri iaitu PEREMPUAN!!!!!!!

baik bandingkan lelaki....mungkin ada yang gemar memakai seluar pendek....sehingga menampakkan bahagian lutut mereka....jika dilihat dari situ.....itu terang-terang adalah salah.....memang benar tetapi sejauh mana fitnahnya kepada sekitar...bukan maksud aku menyetujui apa yang dilakukan tetapi kita lihat kembali kenapa diberatkan kepada perempuan soal menutup aurat ini....nasihat aku kepada mereka yang bernama lelaki yang suka memakai pakaian yang tidak menutup aurat ini agar kembalilah kepada fitrah kalian....kerana anda akan menjadi ketua keluarga, jika aurat anda sendiri tidak terjaga bagaimana aurat isteri dan anak-anak anda nanti!!!!!!!!!!!

baiklah kepada perempuan di luar sana ....... jagalah aurat anda....anda tidak sayang ke ayah kalian....kerana dosa anak perempuan walaupun sudah akil baligh masih tertanggung oleh ayah mereka....dan jika dia menikah maka dosa tertanggung atas bahu si suami pula.....ini berbeza dengan lelaki kerana setelah akil baligh maka dosa pahala atas diri sendiri....tidak kasihan ke kepada ayah kalian jika ayah kalian dimasukkan ke neraka kerana anda.....????

tetapi jika dilihat sekarang kebanyakan yang kurang menitik beratkan soal aurat ini adalah perempuan, lihat kepada dua golongan itu.....bertudung dan tidak bertudung....bertudung tidak semestinya auratnya terjaga kerana golongan inilah yang terlalu ramai sekarang....tidak percaya lihat sekeliling dan cuba perhatikan dari atas sampai bawah....(bagi perempuan sahaja lelaki jangan tiru aksi ini kerana BERBAHAYA!!!!!!)....aku pasti jawapan akan anda lihat sekejap saja......:-)

jadi saya harap kepada perempuan silalah menutup aurat anda dan kepada lelaki juga tutuplah terutama di tempat awam dan di dalam bilik bersama lelaki lain.....sekali lagi apalah sangat suaraku ini untuk didengar orang.....kerana aku bukanlah tergolong daripada golongan 'elit' di 'sini', aku juga bukan kaki ke Pusat I.....puasa sunat pun kadang-kadang buat .......mungkin ada yang masuk telinga kanan keluar telinga kiri....jika aku tergolong dalam kumpulan 'elit' ini, mungkin ramai yang akan mendengar dan renungkan kembali mungkin sampai seorang PROFESSOR dan Dr. juga akan terbuka mata...tetapi sayang itu bukanlah diriku.......akhir kata...


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN, TELAN BANYAK-BANYAK....DAN BERSEDIA UNTUK DIMUNTAHKAN DI ATAS KERTAS NANTI....SELAMAT MENELAN!!!!!!

1 comment:

Anonymous said...

waaaah...setuju2...bagus btul la pak abu nih...tapi,kan lebih baik kalu pak abu memberi komen balas berdasarkan hadis atau dalil2 yang terdapat dalam al-quran..mesti lebih sahih dan kuat...
--------------kim possible-----------