whos.amung.us

Friday, September 26, 2008

adakah malaysia negara islam?

salam...sebagai pembuka bicara marilah kita mulakan setiap pekerjaan kita dengan bismillah...amin..

secara jujur aku hendak nyatakan bahawa pada pendapat aku...MALAYSIA bukanlah negara islam secara keseluruhannya...kenapa aku memberikan pendapat seperti ini....mudah saja....kitaperhatikan saja bagaimana sistem pentadbiran negara kita..adakah cukup islamik...adakah cukup telus dalam mentadbir negara ini...

telus di sini bermaksud adakah mereka ini sudah menjadi pemimpin sebetul-betulnya...
jika dilihat sekarang pelbagai kemelut melanda dalam arena politik negara kita...rasuah,cacian,makian,pergaduhan dan macam-macam lagi.

kadang aku terfikir juga...dimana islamnya malaysia ini...baik aku nak tanya kepada mereka yang berada di luar sana...dari sudut hiburan...contohnya sure heboh dan pelbagai jenis konsert lagi...aku nak tanya pukul bape konsert tu bermula dan bagaimana dengan solat mereka?

cuba bayangkan pada pukul 7 petang sudah ada mereka tercongok depan pentas samapaila majlis bermula....agak2nya kemana perginya solat maghrib mereka ni...aduh...jadi tidak hairanlah kenapa banyak kes keruntuhan akhlak dan jenyah sekarang ni banyak yg melibatkan orang MELAYU ISLAM.

sengaja aku tulis MELAYU ISLAM kerana melayu tu tek semestinya Islam dan Islam tu tak semestinya melayu. menyentuh soal melayu islam ni...terlalu banyak kes murtad melibatkan melayu islam sekarang seperti lina joy...dan banyak lagi...

kemana perginya maruah islam dan orang islam terutama para pemimpin di malaysia ini...kita tahu jika seseorang itu murtad..kita harus beri mereka peluang untuk bertaubat dan mengubah pendirian mereka itu.kita selama tiga hari mereka masih berpegang pada pegangan mereka tersebut...hukum bunuh patut dilakukan....ini kerana mereka sudah mempermainkan agama islam...perkara ini telah diajar dalam sukatan mata pelajaran agama islam tingkatan 3.

bukan isu ini sahaja..berapa ramai orang islam di malaysia ni yang sudah menjelaskan zakat? tidak kisahla zakat jenis aper yang penting zakat...kalau ramai yang tidak menjelaskan zakat macam mana hendak membangunkan ekonomi orang islam di malaysia...seperti para sahabat nabi Abu Bakar As-Siddiq,beliau memerangi orang yang murtad dan yang enggan membayar zakat...kerana itu adalah rukun islam...jadi dimana pemimpin kita yang beragama islam apabila mendengar kes-kes seperti ini...jangan asyik menangkap orang yang berbeza parti bagaimana mereka yang mempersenda agama...

kalau hendak isytiharkan Malaysia sebagai negara islam...aku rasa pemimpin itu harus tahu apa itu islam dan hukum islam...tidak semestinya bapak seorang yang alim anak jugak akan ikut menjadi alim..iman tidak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa....entahla...apala sangat suara aku ni...aku tidak mempunyai kuasa untuk mengubah mereka ini.....terserah kepada anda untuk membuat penilaian....

jangan sampai orang islam diperlakukan seperti zaman jahiliah...salam..

No comments: